SALAM PERKENALAN

Salam, saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu kenapa anda perlukan perlindungan takaful. 

Dua puluh tahun dahulu kita ke sekolah, cikgu cakap kepada saya, "Awak belajar bersungguh-sungguh sampai masuk universiti, insyallah awak akan OK bila bekerja nanti." Tetapi apabila graduate saya bekerja, gaji graduan ijazah adalah antara RM1800 sehingga RM2200 sebagai permulaan dan setelah tujuh tahun berkerja dengan kenaikan antara RM100 hingga RM200 setahun apakah yang anda mampu buat...bolehkah kita menyimpan? Sebenarnya saya lansung TIADA SIMPANAN walaupun setelah 7 tahun bekerja, pendapatan bulanan hanya cukup untuk membayar ansuran rumah, ansuran kereta, yuran anak ke sekolah, bayar bil letrik air, dan telefon, kos makanan, duit minyak kereta, bayar loan PTPTN dan MARA, bayar kad kredit dan banyak lagi dan saya rasa ramai lagi kawan-kawan yang diluar sana senasib seperti saya. Apa yang ada hanyalah LIABILITI yang akan saya tinggalkan sekiranya sesuatu berlaku kepada saya. Jadi dengan mengambil 5% HINGGA 10% SAHAJA dari pendapatan saya sekarang saya boleh MELINDUNGI PENDAPATAN saya di masa hadapan sekiranya saya tidak mampu bekerja ataupun sesuatu yang tidak diingini berlaku. Dengan ini saya dahpun TRANSFERKAN RISIKO dari mengunakan syarikat SAYA SDN BHD kepada PRUDENTIAL untuk membayar kepada keluarga saya sekiranya sesuatu musibah berlaku, KEKADANG KITA RASA RUGI KALAU AMBIK INSURANS @TAKAFUL, SEBENARNYA KITA LAGI RUGI KALAU TAK AMBIK TAKAFUL.


Saya percaya setiap orang mempunya risiko yang sama, seperti:-

1. KEMATIAN PRA MATANG
Kita ada dengar jiran, kawan, saudara mara kemalangan ataupun ada masalah kesihatan dan berlaku kematian pada usia muda mungkin 20-an, 30-an ataupun 40-an, sekiranya berlaku kepada saya macam mana dengan semua tanggungan dan liabiliti yang masih belum habis dibayar? pendapatan keluarga cuma tinggal separuh sekiranya suami isteri bekerja atau mungkin tiada lansung sekiranya hanya suami bekerja. BAGAIMANA NAK MENERUSKAN HIDUP, WANG BUKAN SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALA-GALANYA ADALAH WANG.


2. HIDUP TERLALU LAMA
Semua manusia mahukan umur yang panjang, Kita pernah terjumpa atau mungkin moyang kita sendiri ada yang hidup sehingga 80 tahun, 90 tahun dan sebagainya. Apakah akan berlaku sekiranya WANG ANDA MATI DAHULU sebelum anda? Berdasarkan pengiraan matematik mudah, pencen umur 55, purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi kita perlukan dana untuk meneruskan kelansungan hidup. Apakah nombor anda sebaik sahaja anda bersara?

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 1000 sebulan, maka RM1000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 240,000 (Anda mesti ada pada 55)

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 2000 sebulan, maka RM2000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 480,000 (Anda mesti ada pada 55)

Sekiranya anda ingin berbelanja RM 5000 sebulan, maka RM5000 x 12 bulan x 20 tahun = RM 1,200,000 (Anda mesti ada pada 55)

*Pengiraan di atas belum dimasukkan fakto inflasi. Jadi mulakan SIMPANAN secara BERDISIPLIN DENGAN AKAUN ISTIMEWA DAN UNIK kami sekarang. Adakah cukup simpanan KWSP anda yang rata-ratanya adalah hanya RM100,000 sahaja jumlah apabila kita mencapai umur 55?


3. LIVING DEATH
Anda hidup tetapi hidup dalam keadaan disable, jadi hanya hospital sahaja yang akan menjaga kita sekiranya kita ada duit, kalau tak ada macamnana nak dapat rawatan. Ramai orang merasakan sudah cukup perlindungan yang diberikan oleh syarikat anda bekerja? Tetapi soalannya
i) SAMPAI BILA ANDA AKAN BERKERJA DISITU??
ii)SYARIKAT ANDA MELINDUNGI ANDA SEHINGGA UMUR 55 SAHAJA....SEKIRANYA ANDA SAKIT PADA MASA ITU TIADA PLAN BOLEH DIAMBIL LAGI...SEKIRANYA boleh harganya adalah 5x ganda...MAMPUKAH KITA??SEKIRANYA TIDAK MAMPU, ADAKAH ANDA MAHU MENGGUNAKAN WANGKWSP ANDA UNTUK MEMBAYAR BIL HOSPITAL??
iii)ANDAKAH ANDA SANGGUP BERATUR PANJANG DENGAN ORANG LAIN UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN???


4. SIMPANAN UNTUK PELAJARAN ANAK DAN PERSARAAN
Takaful adalah satu medium yang menggalakkan anda menyimpan untuk pelajaran anak dan persaraan anda. Dengan manfaat yang diberikan duit simpanan anda akan "CONTINUE GROWING" walaupun anda diagnose penyakit kritikal.



Jadi Ambillah Pelan Insurans @ Takaful Sekarang Untuk Perlindungan Anda Sekeluarga


KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS @ TAKAFUL?

Anda Rasa RUGI Ambil Takaful, Tapi Anda LAGI RUGI Kalau Tak AdaTAKAFUL. Sekiranya Anda Tidak Membuat Sumbangan Hari Ini, Satu Hari Nanti Anda Pasti Menyumbang Dalam JUMLAH YANG BESAR Kepada Hospital

Pepatah Lama Yang Sudah Bertukar – Harimau Mati Meninggalkan Belang Tapi Manusia Mati Meninggalkan HUTANG.

Anda Sudah Mempunyai Perlindungan Dari Syarikat Anda Bekerja! Hanya Mungkin Berminat Selepas Bersara (Umur 55). Tahukah Anda Takaful Kesihatan Hanya Boleh Diambil Ketika Sihat Sahaja. Sudah Ada Diabetis @ Darah Tinggi Segalanya Mungkin Sudah Terlewat. Adakah Anda Boleh MEMBERI JAMINAN Anda Tiada Penyakit Apabila Menjelang Umur 50-an. Sanggupkah Anda Menggunakan Wang EPF @ KWSP Anda Untuk Membayar Bil Hospital???

Sekiranya Saya Minta Dari Anda RM 50,000 Sudah Tentu Anda Tidak Akan Beri, Tapi Kalau Doktor Anda Minta RM50,000 Adakah Anda Akan Beri Sekiranya Ia Melibatkan Nyawa Anda?

Penyakit Membawa Maut Seluruh Dunia Yang Sering Menyerang Secara Senyap. Rawatan Awal Dan Tepat Diperlukan


Kos Perubatan Adalah Amat Tinggi Dan Amat Perit Untuk Ditanggung

Tanpa Kad Perubatan Dan Kesannya Kepada Anda

Kami Memahami Kami Prihatin, Dapatkan Penyelesaian Dari Produk Perlindungan Kami. Sungguh Komprehensif

Perlindungan Adalah Hak Anda. Hubungi Kami Untuk Maklumat Lanjut




Parah Bil Hospital : Ramai Hutang Kad Kredit, Bank Untuk Jelaskan Kos Perubatan Swasta Yang Tinggi


KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

“Penggunaan kad kredit tidak terkawal tidak lagi menjadi faktor utama kegagalan seperti pada dua atau tiga tahun lalu,” katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, selain kos perubatan tinggi, punca lain yang dirujuk kepada agensi itu ialah kelemahan pengurusan kewangan (25 peratus), kegagalan perniagaan (13 peratus), kehilangan pekerjaan (12 peratus), manakala dua peratus akibat kegagalan pelaburan.

Penggunaan kad kredit tidak terkawal pula, katanya, hanya mewakili 15 peratus.
Katanya, hampir 70 peratus kes gagal membayar balik pinjaman itu adalah membabitkan penggunaan kad kredit, manakala 30 peratus lagi pinjaman peribadi serta sewa beli.

Daripada RM4.8 bilion NPL yang diuruskan AKPK ketika ini, Mohamed Akwal berkata, RM2 bilion membabitkan pinjaman perumahan diikuti kad kredit (RM1.1 bilion) serta sewa beli sebanyak RM713 juta.

Katanya, jumlah itu membabitkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan 135,805 individu yang datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling serta khidmat nasihat berhubung pengurusan kredit.

Beliau berkata, tahun ini saja 25,353 individu memohon khidmat nasihat serta bantuan AKPK dan hanya 13,017 dirujuk kepada program PPK, antaranya bagi penstrukturan semula pinjaman.

Bagaimanapun tahun lalu, katanya, 36,848 individu tampil dan 16,184 daripadanya mengikuti program berkenaan.

“Tahun lalu, lebih ramai mendapatkan bantuan daripada AKPK kerana krisis ekonomi yang melanda. Namun, mulai Oktober tahun lalu, keadaan ekonomi mula pulih. Pengurangan individu ini menunjukkan keadaan ekonomi kita semakin baik dan mereka juga ke arah pengurusan kewangan yang baik,” katanya.

Setakat Oktober lalu, sebanyak 423 kes membabitkan pinjaman berjumlah kira-kira RM12 juta berjaya diselesaikan AKPK, berbanding 143 kes dengan jumlah pinjaman RM3.7 juta pada tempoh sama tahun lalu.

“Kami menyelesaikan kira-kira 40 kes sebulan bayaran balik pinjaman kepada bank kerana kebanyakan yang mengikuti PPK sudah mampu menyelesaikan pinjaman lebih awal daripada tempoh maksimum 10 tahun yang diberikan,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan adalah kumpulan paling teruk terjejas dengan masalah kewangan, mewakili kira-kira 40 peratus daripada 50,361 individu yang menyertai PPK.

Katanya, AKPK yang ditubuhkan sejak April 2006 setakat ini menganjurkan lebih 520 taklimat berhubung pengurusan kredit di seluruh negara.

Sumber Dari Akhbar Tempatan



PASTIKAN KAD PERUBATAN ANDA GUARANTEE RENEWAL...

Tidak semua kad perubatan adalah sama bergantung kepada syarikat yang anda ambil. Apa itu "guarantee renewal"? Guarantee renewal bermaksud manfaat kad perubatan anda akan terus disambung mengikut kontrak yang telah dibuat walaupun anda telah mendapat penyakit setelah mengambil polisi. Akan akan terus dilindungi dan kos hospital akan ditanggung oleh pihak insurans @ takaful.

Sekiranya kad perubatan anda adalah dari jenis yang "non guarantee" maka setiap kali membuat pembaharuan anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan, sekiranya sihat polisi akan diperbaharui, sekiranya sakit kemunkinan anda tidaok boleh menyambung lagi atau akan dikenakan loading @ exclusion. Untuk maklumat tiada lagi syarikat insurans lain yang akan memberikan anda perlindungan sekiranya anda sakit.

Kami di Prudential, amat memahami dan akan memberikan perlindungan berterusan. Terdapat pilihan semasa menyertai plan.

Konvensional - pilihan kad perubatan untuk perlindungan sehingga 70,80 dan 100 tahun dan takaful - pilihan kad perubatan sehingga 70 dan 80 tahun.

Kad perubatan kami adalah auto renewal dan tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan.