BISNES INSURAN

KONSEP INSURANS PERNIAGAAN (BUSINESS INSURANCE)

Apakah itu Konsep Insurans Perniagaan (Business Insurance)? Terdapat 4 jenis yang saya ingin kongsikan di sini

1) PERLINDUNGAN SAHAM SYARIKAT (SHARE PURCHASE COVER)

Perlindungan saham syarikat adalah perlindungan yang di beli oleh syarikat kepada setiap lembaga pengarah yang bertujuan untuk melindungi syarikat sekiranya sesuatu berlaku samaada melibatkan kematian ataupun penyakit kritikal kepada setiap lembaga pengarah.

Tujuannya adalah seperti berkut:-

Katakan Syarikat ABC SDN BHD mempunyai 3 lembaga pengarah yang menguruskan syarikat tersebut yang mempunyai modal berbayar sebanyak RM1,000,000

Encik A - Memegang sebanyak 60% saham syarikat jadi RM600,000 modal berbayar adalah bahagian beliau. Jadi perlindungan yang perlu dibeli untuk Encik A adalah sebanyak RM600,000 untuk kematian dan penyakit kritikal

Encik B - Memegang sebanyak 30% saham syarikat jadi RM300,000 modal berbayar adalah bahagian beliau. Jadi perlindungan yang perlu dibeli untuk Encik A adalah sebanyak RM300,000 untuk kematian dan penyakit kritikal

Encik C - Memegang sebanyak 10% saham syarikat jadi RM100,000 modal berbayar adalah bahagian beliau. Jadi perlindungan yang perlu dibeli untuk Encik A adalah sebanyak RM100,000 untuk kematian dan penyakit kritikal

Tujuan perlindungan adalah supaya apabila berlaku kematian atau sakit kritikal, contohnya kepada Encik A, maka seseorang perlu mengambilalih bahagian beliau, biasanya kita hanya ingin bekerja dengan individu yang dirasakan sesuai dengan kita. Jadi sekiranya lembaga pengarah Encik B & Encik C, tidak mempunyai modal untuk mengambilalih akaun Encik A berjumlah RM600,000 maka mereka perlu bekerja samada dengan Isteri Encik A @ Anak Encik A. Sekiranya ini berlaku dan tiada persefahaman maka ianya boleh membuatkan syarikat anda goyang. Jadi dengan perlindungan yang dibeli oleh pihak syarikat tadi maka Encik B dan Encik C dapat mengambilalih akaun Encik A setelah mendapat pampasan dari syarikat insurans sebanyak RM600,000 yang melindungi Encik A dan membayar kepada keluarga beliau. Mudahkan????

Jadi dengan perlindungan di atas Encik B & Encik C masih dapat menguruskan syarikat seperti biasa walaupun salah seorang lembaga pengarah telah tiada ataupun tidak dapat bekerja.

2) PERLINDUNGAN PENDAPATAN (CRISIS COVER INCOME)

Perlindungan pendapatan adalah perlindungan yang di beli ke atas pemilik syarikat yang apabila terkena sakit kritikal maka pemilik tidak dapat menguruskan perniagaan seperti biasa tetapi jumlah perbelanjaan syarikat masih berjalan contohnya sewa pejabat, gaji pekerja, elektrik, telefon, etc.....dengan mengambil perlindungan ini maka pihak insuran akan memberikan pendapatan tahunan selagi masih hidup akan dibayar secara lumpsum setiap ulangtahun kejadian. Contohnya sekiranya perbelanjaan syarikat dan kos-kos lain rm10000 sebulan maka, boleh membuat perlindungan sebanyak rm120,000 setahun....maka jumlah ini akan dibayar setiap tahun setelah di diagnos penyakit kritikal (walaupun sembuh sepenuhnya pampasan masih akan dibayar)

3) PERLINDUNGAN PINJAMAN SYARIKAT (LOAN PROTECTION)

Perlindungan pinjaman syarikat juga boleh dibuat dengan mengambil perlindungan ke atas pemilik syarikat. Sekiranya berlaku kematian atau penyakit kritikal ke atas pemilik syarikat. Wang pampasan boleh digunakan untuk membayar pinjaman maka syarikat boleh beroperasi seperti biasa tanpa masalah kewangan.

4) INSURAN KEYMAN (KEYMAN INSURANCE)

Sekiranya anda mempunyai seorang perkerja yang berdidikasi dan mengetahui selok belok operasi syarikat anda tentunya ingin beliau terus setia dan bekerja dengan anda. Salah satu manfaat win win situation yang anda boleh buat adalah, beli satu polisi insuran yang memberikan perlindungan manfaat kematian dan sakit kritikal berjumlah RM1,000,000. Dengan manfaat ini sudah tentu pekerja tersebut akan terus bekerja dengan anda. Sekiranya berlaku kematian atau sakit kritikal terhadap beliau maka keluarga beliau sudahpun mempunyai jaminan kewangan untuk masa hadapan.

Hubungi Saya Untuk Penerangan Lanjut Bagi Insuran Perniagaan Di Atas.