TEMPOH MENUNGGU


TEMPOH MENUNGGU

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.

Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan Prudential Assurance Malaysia Berhad dan Prudential BSN Takaful Berhad

Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit spesifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa. 



Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut :

-Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
-Hipertension atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
-Diabetes Mellitus
-Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
-Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
-Hernia, buasir atau fistula
-Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin

Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurans @ takaful berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurans @ takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya “Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dilindungi, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance @ takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?…sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat mahal.”

Berikut Adalah Susur Galur Bagaimana Proses Untuk Tujuan Admission:-