PENGELUARAN SIMPANAN

PENGELUARAN SIMPANAN

Saya rasa ramai pemegang polisi insurans @ sijil takaful Prudential tertanya - tanya bila masa yang sesuai untuk membuat pengeluaran?, betul ker tak perlu tunggu tempoh matang untuk keluarkan simpanan?, kena interest tak kalau keluarkan simpanan? atau agent cakap minimum pengeluaran adalah RM1000 dan kena maintain RM1000 lagi dalam akaun untuk polisi @ sijil takaful terus berjalan. Betul ker?

Ok saya nak share sikit dekat sini memang betul kalau ada agent yang cakap macam tu dengan anda. Penerangan lanjut seperti di bawah:-

Polisi Prudential Assurance Malaysia Berhad - Account Prulink One / Prumy Child @ Sijil Takaful Takafulink Prudential BSN Takaful Berhad

Sebelum anda membuat apa-apa pengeluaran, anda boleh membuat panggilan kepada Prudential Customer Service ataupun agent anda untuk membuat semakan berapakah jumlah simpanan yang anda anda. Terdapat 3 pecahan akaun simpanan apabila anda membuka akaun Prulink One / Prumy Child @ Takafulink.

Penerangan untuk Kotak No 1 - Kotak ini mewakili Basic Unit Account dan Protection Unit Account. Jadi dari dua akaun ini, jumlah simpanan mestilah melebihi RM2000, jadi min pengeluaran RM1000 dan untuk maintain akaun lagi RM1000 boleh dilakukan. Simpanan dari akaun ini adalah baki setelah ditolak admin caj dari tahun pertama sehingga tahun keenam, ditolak caj-caj insurans dan bakinya akan menjadi simpanan. Biasanya akaun ini pertambahan simpanan yang cepat dapat dilihat selepas tahun keenam.

Penerangan untuk Kotak No 2 - Kotak ini mewakili Investment Unit Account hasil daripada Prusaver / Takafulsaver yang mana akan boost simpanan anda. Tiada admin caj dan insurans caj untuk akaun ini. Hanya 5% dari jumlah caruman sebagai caj unit trust. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa.

Nota : Duit simpanan anda disimpan dalam bentuk unit amanah. Anda perlu cancel unit tersebut untuk mendapatkan simpanan anda. Jumlah simpanan anda bergantung kepada nilai unit semasa pengeluaran dibuat. Kalau boleh tunggu pada masa nilai unit tinggi baru buat pengeluaran.


Ini adalah borang yang digunakan untuk membuat pengeluaran.Jadi jangan risau untuk membuka akaun dengan Prudential cuma anda perlu tahu bagaimana caranya. Minta agent anda isi cuma sehelai saja kemudian hantar kepada Prudential.....dan dah selesai. Cek akan dikeluarkan oleh Prudential lebih kurang selepas 2 minggu permohonan dibuat.

Borang pengeluaran tunai dari akaun Prulink One / Prumy Child Prudential Assurance Malaysia Berhad


Borang pengeluaran tunai dari akaun Takafulink Prudential BSN Takaful Berhad