TESTIMONI





APA KATA MEREKA?

Azman, Shah Alam
Saya memang blur-blur bila bila bercakap mengenai insurans nyawa. Tetapi penerangan Harith mengenai insurans nyawa memang simple dan semudah abc dan senang bagi seseorang yang tidak tahu menahu tentang insurans nyawa. Insuran prudential adalah satu konsep simpanan yang boleh diterima oleh saya. ada jugak insuran macam nih. Dulu saya menolak untuk mendengar. Thanks sekarang saya dah paham insurans
Sekarang saya pula menerangkan kepada orang lain sebab saya rasa sungguh bermakna mengambil satu plan insurans. Kami sekeluarga mendapatkan plan insuran dari Harith

Nazri, Ampang
Sudah ramai agent insurans yang berjumpa dengan saya tetapi penerangan mereka tidak begitu meyakinkan. Setelah berjumpa Harith semua persoalan saya yang selama ini disimpan telah pun terjawab. Setelah yakin saya sign up satu plan untuk diri sendiri

Siti, Subang Jaya
Terima kasih Harith kerana menolong saya mendapatkan claim untuk bil hospital saya. ejen terdahulu telah hilang tetapi Harith sanggup servis secara percuma.

Kak Anita, Melawati
Thanks Harith walaupun polisi akak kurang dari sebulan Prudential telahpun membayar bil hospital akak disebabkan kemalangan.Kini abg saya pun dan percaya dengan Prudential

Rosli, Kuala Lumpur
Harith menerangkan semua info berkenaan produk investment link dan saya berpuas hati dengan penerangan yang professional dan tiada paksaan untuk sign up plan. Saya sign up untuk satu family.

Razali, Cheras
Isteri saya doktor kerja kerja di hospital. Saya memang tahu Prudential adalah insurans yang terbaik. Tapi susah nak cari prudential ejen, mereka pun tak pernah call saya...hehehe. Terjumpa harith di internet saya suka terus sign up.

Jasmin, Pandan Indah
Saya call Harith pagi untuk mendapatkan penerangan lanjut berkenaan kad perubatan prudential. Tengah hari dia dah terpacak depan opis. Laju betul ejen nih.

Nurul, Bangsar
Thanks for your outstanding customer service, Harith. You’ve done a great job for me, my parent and my clients. I will continue to refer you without hesitation!

Syed Ansar, KLIA
I wish my other insurance agent was as attentive as you!Thanks kerana tak pernah tak pickup my phone when i need u.

Hatta, Kuchai Lama
Saya ingatkan semua insurans adalah sama lepas berjumpa Harith baru saya faham apa itu insurans. thanks again.

CLAIM DAN TESTIMONI

Ramai pelanggan di luar sana berpendapat, saya dah ada insuran @ takaful, semua cover, sebenarnya apabila anda mengambil sesuatu polisi insurans @ takaful, anda perlu memahami dengan sebenarnya apa yang dilindungi dan apa yang tidak dilindungi. Kekadang ramai yang tidak faham terus sahaja mengatakan syarikat insurans penipu tidak bayar claim. Untuk kefahaman sila baca yang di bawah.

Renungan:-

Sekiranya syarikat insurans @ takaful penipu

1) Tiada ejen insurans yang boleh jual polisi insurans baru, saya pun dah menjadi perancang kewangan sejak 3 tahun lepas. sudah lebih dari 50 orang pelanggan saya masuk hospital..alhamdullillah semua tuntutan yang di buat di bayar oleh prudential. Kalau tak bayar dah tentu hari-hari masuk dalam muka depan akhbar orang ramai komplen sana dan sini.

2) Syarikat insurans terikat dengan Akta Insurans 1996 dan dan begitu juga dengan syarikat takaful dibawah akta 1994 yang mana dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Jadi bukan mudah untuk syarikat insurans atau takaful tidak mahu membayar tuntutan anda.

ANTARA SEBAB - SEBAB MENGAPA TUNTUTAN TIDAK DIBAYAR.

1. Polisi Insuran (Sijil Takaful) Tidak Berkuatkuasa (Lapsed)

Polisi Insuran (Sijil Takaful) tidak berkuatkuasa (lapsed) ini bermaksud, polisi insuran (sijil takaful) tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insuran (takaful) tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insuran (takaful) tidak akan membayar segala tuntutan yang dibuat. Jadi, jangan sampai polisi insuran (sijil takaful) kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium (sumbangan) pada masa yang telah ditetapkan.

Satu lagi, kalau polisi insuran (sijil takaful) sudah tidak berkuatkuasa (lapsed), walau pun dapat dihidupkan balik, kena tunggu 30 hari tempoh bertenang (grace period) semula. Dan kalau pemegang polisi insuran (sijil takaful) sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa tempoh bertenang (grace period), memang tak boleh nak buat apa-apa tuntutan (claim). Ini memang selalu terjadi terutama kepada pemegang polisi insuran (sijil takaful) yang membayar premium (sumbangan) secara tunai. Kekadang berlaku kekeliruan dan menyangka premium (sumbangan) untuk bulan tersebut sudah dibayar, rupanya belum , akhirnya polisi insuran (sijil takaful) lapsed. Bila dihidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Jadi, pastikan jangan sampai polisi insuran (sijil takaful) anda lapsed.

2. Manfaat yang di anggap ada tapi tiada di dalam Polisi Insuran (Sijil Takaful)

Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada polisi insuran (sijil takaful), mereka ingat, “Semua Cover”. Mereka beranggapan segala musibah akan dicover oleh polisi insuran (sijil insuran) yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara teliti. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ianya tidak dilindungi dan syarikat insuran (takaful) tidak mahu bayar, pemegang polisi insuran (sijil takaful) terus marah dan menuduh syarikat insuran (takaful) penipu atau ejen penipu. Tapi, tanggungjawab pemegang polisi insuran (sijil takaful) juga untuk mengetahui apa yang terdapat dalam jadual polisi insuran (sijil takaful) tersebut.

Contoh 1

Kebanyakkan masyarakat sekarang ini ambil insuran (takaful) melalui panggilan yang diterima melalui talian telefon sahaja. Bayaran akan di caj pada kad kredit dan satu keluarga akan dilindungi. Kebanyakan polisi insuran (sijil takaful) yang diambil melalui panggilan telefon biasanya murah dan tidak perlu deklarasi penyakit sedia ada. Ini biasanya adalah Polisi @ Takaful Kemalangan Diri ataupun “Personal Accident”. Polisi ini hanya akan membayar pemegang polisi @ sijil takaful sekiranya berlaku kematian dan kehilanga anggota badan disebabkan ACCIDENT SAHAJA. Manfaat Kematian tidak akan di bayar sekiranya berkalu kematian disebabkap penyakit dan Bil perubatan akan ditanggung sendiri oleh pemegang polisi insuran @ sijil takaful. Dalam ertikata lain sesiapa sahaja yang ada Kanser atau Sakit Jantung pun boleh ambik polisi insuran (sijil takaful) intuk Personal Accident (PA)

Contoh 2

Rata-rata polisi yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Kad Perubatan (Medical Card), mereka dengan penuh yakin menyatakan, “Saya sudah ada”….tapi, apabila diminta untuk menunjukkan Kad Perubatan (Medical Card), mereka kata, semuanya ada dalam polisi insuran @ sijil takaful. Jadi saya nak beri tips kepada semua. Polisi insuran (sijil takaful) yang ada manfaat Kad Perubatan (Medical Card), akan disertakan dengan Kad Perubatan (Medical Card)” seperti di bawah :

Jadi, kalau ejen kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia tunjukkan di mana Kad Perubatan (Medical Card) tersebut. Kalau tiada Kad Perubatan (Medical Card), maknanya memang tiada manfaat Kad Perubatan (Medical Card) dalam polisi insuran (sijil takaful) anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh buat tuntutan.

Sesetengah polisi @ sijil cuma memberikan elaun hospital contoh nya RM 500 sehari. Ini tidak cukup, contohnya sebelum ini ada pelanggan saya yang masuk hospital selama 3 hari disebabkan kemalangan dan kos yang dicaj hospital adalah sebanyak RM6500 jika tanpa Kad Perubatan (Medical Card), jadi, elaun yang akan dibayar adalah sebanyak RM500 x 3 hari = RM1500, bil yang dicaj adalah RM6500 (Bil Penuh) – RM1500 (Elaun Hospital) = RM4000 (Baki - perlu dibayar sendiri oleh pesakit), jadi ini akan menjadi beban dan kalau ada duit simpanan di ASB, TABUNG HAJI, UNIT TRUST dan sebagainya terpaksa dikeluarkan semata-mata untuk membayar bil hospital dan sepatutnya duit tadi disimpan untuk tujuan lain.

Tidak dinafikan ada polisi insuran (sijil takaful) yang membayar kos rawatan tapi tiada Kad Perubatan (Medical Card), tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat tuntutan (claim) semula kepada syarikat insuran (takaful). Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai kad kredit, kalau dah sampai RM50,000?..berapa keping kad kredit kita nak guna?….bayangkan…lepas tu pulak, nak buat tuntutan (claim) kena buat sendiri. Medical Report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insuran @ takaful, untuk buat tuntutan @ claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pergi semula ke syarikat insuran (takaful) dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap….sanggup ke anda sebagai pemegang polisi insuran (sijil takaful) buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak buat tuntutan @ claim, ada masa ke?….kalau ada Kad Perubatan (Medical Card), semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh ejen. Senang, mudah dan tak pening kepala.
Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak buat tuntutan.

3. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.

A. Pengecualian Umum (General Exclusion)

Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi insuran (sijil takaful) sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN)).

B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)

Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insuran (sijil takaful) atau dinamakan “Pre-Existing Condition”

Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan batu karang (urine stone) dan apabila beliau mengambil polisi insuran (sijil takaful) , ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat batu karang (urine stone) sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi insuran (sijil takaful) dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi insuran (sijl takaful) berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

4. Non-Disclosure

Sekiranya syarikat insuran (takaful) mendapat tahu yang pemegang polisi insuran (sijil takaful) pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan di dalam borang cadangan (proposal form), syarikat insuran (takaful) berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena buat deklarasi semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi insuran (sijil takaful) anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

5. Waiting period (tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi insuran (sijil takaful) berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya Kad Perubatan (Medical Card).

Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).

Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit spesifik (sila rujuk mukasurat tempoh menunggu untuk penyakit spesifik) iaitu 120 hari selepas polisi insuran (sijil takaful) berkuatkuasa.

Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insuran (sijil takaful) kita berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi insuran (sijil takaful), sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak buat tuntutan (claim). Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca pemegang polisi (sijil takaful) marah dan tak percaya kepada insuran (takaful). Ini boleh elakkan dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi insuran (sijil takaful) anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.

Saya biasa kongsikan perkara ini kepada pemegang polisi insuran (sijil takaful) atau prospek saya “Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insuran (takaful) bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?…sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi.”

BAGAIMANA CARA NAK BUAT CLAIM?

1- Claim Online (Bil dan Elaun)

Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada Kad Perubatan (Medical Card). Ini bermakna, pemegang polisi insuran (sijil takaful) perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi insuran (sijil takaful), tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) untuk bayaran semula (reimbursement).

Namun, sekiranya pemegang polisi (sijil takaful) dimasukkan ke hospital Panel Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) disebabkan kemalangan yang diperlukan masuk wad, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, HANYA KEMALANGAN SAHAJA.

Sekiranya tuntutan menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Kad Perubatan (Medical Card) Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) ke hospital panel, dan tunjukkan Kad Perubatan (Medical Card) anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon ejen insuran (takaful) anda dengan kadae segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada ejen insuran (takaful) yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan insuran (takaful) anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.

2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)

Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke Prudential BSn Takaful Berhad (PruBSN).

Sila maklumkan kepada ejen insuran (takaful) anda, bagi membolehkan ejen insuran (takaful) anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil tuntutan dari syarikat majikan atau insuran (takaful) lain)

Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah) kecuali bil rawatan.

Caranya mudah sahaja, pihak Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.

Borang laporan perubatan boleh didapati daripada ejen insuran (takaful) anda atau di mana-mana cawangan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) seluruh negara. Kalau nak mudah lagi hubungi sahaja ejen insuran (takaful) anda.

4- Claim Accident (Medical/ MC)

Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN). Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. Prudential BSN Takaful (PruBSN) akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-insuran atau ko-takaful sebanyak 10%.

5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.

Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada ejen insuran (takaful) atau Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) Hotline 03-20537188 mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, ejen insuran (takaful) akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.

Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi insuran (sijil takaful), anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan insuran (takaful) dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada ejen insuran (takaful) atau Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)

Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi insuran (takaful) berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan

Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN). Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.

Anda boleh hubungi ejen insuran (takaful) anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.

CONTOH CLAIM KE ATAS PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BERHAD - CRITICAL ILLNESS (KEGAGALAN BUAH PINGGANG)


Info Kes : Pampasan RM50,000 di bawah manfaat CRISIS COVER telahpun dibayar kepada pemegang polisi disebabkan kegagalan buah pinggang (kedua-dua belah), disamping manfaat tambahan RM5000 pendapatan tambahan tahunan dibawah manfaat CRISIS COVER INCOME


Bukti bayaran cek seperti yang di atas.


Beserta dengan manfaat PRUPAYOR, pemegang polisi tidak perlu lagi membayar premium bulanan, bagaimanapun perlindungan teus berjalan dan simpanan akan meningkat di sebabkan premium bulanan akan dibayar oleh Prudential.

CONTOH CLAIM KE ATAS PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD - CIRIT BIRIT DAN DEMAM PANAS


Info Kes : Bayaran RM2825.65 kepada pemegang sijil takaful (reimbursement), pemegang sijil takaful membayar sendiri dahulu jumlah bil kerana membuat di antara hari ke 31 hingga hari ke 90. Kad Perubatan akan online pada hari ke 91.


Cek dikeluarkan oleh Prudential BSN Takaful Berhad pada 06.09.2010,discharge pada 21.08.2010, proses tuntutan adalah lebih kurang 3 minggu sahaja. Cepat sekiranya tiada apa-apa masalah dengan dokumen.